
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Sempurnakan Program Singgah Sahur Di Ipd Nilai
Nilai, 14 April 2022 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass meneruskan program santuni warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di Perkarangan Balai Poli...
Nilai, 14 April 2022 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass meneruskan program santuni warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di Perkarangan Balai Polis Nilai, di sini semalam.
Sempena Program Singgah Sahur tersebut, Dato’ Zaini telah menyampaikan sumbangan juadah sahur kepada warga IPD, Balai Polis Nilai, serta para petugas barisan hadapan sekatan jalan raya (SJR) di Dataran dan Tol Nilai.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Hj. Azmi Adam, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Bukit Aman, SAC Mohd Alwi Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Penilaian Kompetensi) Bukit Aman, SAC Aminuddin Dahlan, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Mohd Sukri Kaman, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Fazley Ab Rahman serta warga kerja IPD Nilai.