Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Sempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Festival Kesenian Piala Kpn 2022

Diterbitkan: 21 Mar 2022 7.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Georgetown, 21 Mac 2022 – Majlis Penutupan Festival Kesenian Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2022 telah disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-sempurnakan-majlis-perasmian-penutupan-festival-kesenian-piala-kpn-2022
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:29 MYT
Georgetown, 21 Mac 2022 – Majlis Penutupan Festival Kesenian Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2022 telah disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang semalam.

Festival yang berlangsung sejak 17 Mac lalu telah disertai dari pelbagai Jabatan, Kontinjen, Briged, Formasi dan Pusat Latihan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Nyanyian Lagu Moden Lelaki serta Wanita, Nyanyian Lagu Asli Lelaki serta Wanita dan Nyanyian Kumpulan Muzik Moden.
Dato’ Zaini yang hadir mewakili KPN dalam ucapannya menyatakan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa kerja daripada Kontinjen Pulau Pinang dan Majlis Sukan PDRM yang telah berjaya mengelolakan festival kesenian bagi edisi kali ini dengan cemerlang.

Turut hadir, Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Mohd Shuhaily Mohd Zain, Ketua Polis Perak, CP Dato' Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid, Ketua Polis Kedah, CP Wan Hassan Wan Ahmad, Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Rohaimi Md Isa, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Hj. Azmi Adam, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato’ Fisol Salleh, Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Muhammad Zaki Harun serta semua para peserta dan warga kerja yang terlibat bagi majlis ini.

ArtikelDiterbitkan 21 Mar 2022 7.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM