Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Santuni Dua Anggota Polis Perak Hidap Penyakit Kronik

Published: 18 Jul 2023 5.50 AM Updated: 15 Aug 2026 8.21 PM
Ipoh, 18 Julai 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Azmi Abu Kassim menyantuni dua anggota polis yang mengalami penyakit kronik di daerah ini, sempena lawatan kerja beliau ke Kontinjen Perak semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-santuni-dua-anggota-polis-perak-hidap-penyakit-kronik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:59 MYT

Ipoh, 18 Julai 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Azmi Abu Kassim menyantuni dua anggota polis yang mengalami penyakit kronik di daerah ini, sempena lawatan kerja beliau ke Kontinjen Perak semalam.

Beliau berbesar hati mengunjungi Penolong Ketua Polis Balai, Sarjan Mejar Romlee Pin yang bertugas di Balai Polis Sungai Senam, di kediamannya di Taman Klebang Jaya selepas disahkan menghidapi penyakit kanser usus dan sedang menjalani rawatan susulan.

Dato’ Azmi kemudiannya menyantuni Sarjan Mejar Mobile Patrol Vehicle (MPV), Sarjan Mejar Najmudin Janaro dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Kawasan Rancangan Perumahan Tersusun Batu 8, Ulu Kinta yang kini dalam tempoh cuti sakit setelah diserang angin ahmar.

Selain memberi kata-kata semangat dan sokongan moral, Dato’ Azmi turut menyampaikan sumbangan serta buah tangan buat kedua-dua anggota tersebut.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Dato’ Pahlawan Azizi Hj. Mat Aris bersama para pegawai dan anggota polis Kontinjen Perak.

ArticlePublished 18 Jul 2023 5.50 AMUpdated 15 Aug 2026 8.21 PM