
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Santuni Dua Anggota Polis Perak Hidap Penyakit Kronik
Ipoh, 18 Julai 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Azmi Abu Kassim menyantuni dua anggota polis yang mengalami penyakit kronik di daerah ini, sempena lawatan...
Ipoh, 18 Julai 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Azmi Abu Kassim menyantuni dua anggota polis yang mengalami penyakit kronik di daerah ini, sempena lawatan kerja beliau ke Kontinjen Perak semalam.
Dato’ Azmi kemudiannya menyantuni Sarjan Mejar Mobile Patrol Vehicle (MPV), Sarjan Mejar Najmudin Janaro dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Kawasan Rancangan Perumahan Tersusun Batu 8, Ulu Kinta yang kini dalam tempoh cuti sakit setelah diserang angin ahmar.
Selain memberi kata-kata semangat dan sokongan moral, Dato’ Azmi turut menyampaikan sumbangan serta buah tangan buat kedua-dua anggota tersebut.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Dato’ Pahlawan Azizi Hj. Mat Aris bersama para pegawai dan anggota polis Kontinjen Perak.