Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Santuni Balu Dan Pesara Polis Daerah Langkawi

Published: 09 Aug 2022 1.49 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Langkawi, 9 Ogos 2022 - Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, CP Datuk Zaini Jass hari ini telah meluangkan masa menyantuni balu dan pesara polis dalam lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Langkawi, Kedah, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-santuni-balu-dan-pesara-polis-daerah-langkawi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:22 MYT
Langkawi, 9 Ogos 2022 - Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, CP Datuk Zaini Jass hari ini telah meluangkan masa menyantuni balu dan pesara polis dalam lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Langkawi, Kedah, di sini, petang tadi.

Ketibaan beliau bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Perkep Jabatan Pengurusan, Datin Hjh. Hairiah Hj. Mohd Tahir telah disambut oleh Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad bersama Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari.

Dalam majlis tersebut, Datuk Zaini yang juga Pengerusi Kelab dan Sukan (KKS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama isteri turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian kepada mereka yang terlibat.

Dalam pada itu, beliau turut berkesempatan meluangkan masa beramah mesra dengan warga kerja Balai Polis Kuah.

Turut hadir, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur merangkap Naib Pengerusi KKS PDRM, SAC Dato’ Hj. Azman Ayob, Ketua Penolong Pengarah, (Perancangan dan Pembangunan Dasar Strategik), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Hjh. Nor Ashikin Abdul Razak, Ketua Jabatan Pengurusan Kedah, ACP Zakaria Abdul Rahman, para pegawai kanan dan ahli-ahli PERKEP IPD Langkawi.

Sumber: Polis Kedah

May be an image of 5 people, people sitting and people standing

May be an image of 15 people, people standing and military uniform

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 7 people, people standing, military uniform and text that says 'RS CA AWANGAN POLI'

May be an image of 1 person and military uniform

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 15 people, people standing and military uniform

May be an image of 10 people, people standing and headscarf

May be an image of 7 people, people standing and military uniform

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'HAIRIAH CC ZAINI'

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing and text that says 'YDH CP LAINI JASS PENGARAHPENGURUSAN POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN YBHG DATIN HIH PENGERUSI JA

May be an image of 3 people, people standing and headscarf
ArticlePublished 09 Aug 2022 1.49 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM