Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Sampaikan Amanat Kepada 18 Pegawai Dan Anggota Misi Pbb

Diterbitkan: 22 Jun 2024 6.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 22 Jun 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim menyampaikan amanat dan atur gerak kepada 18 Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdiri daripada lapan Pegawai Kanan dan 10 Pegawai Rendah yang telah terpilih ke Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Sudan Selatan bertempat di Dewan Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-sampaikan-amanat-kepada-18-pegawai-dan-anggota-misi-pbb
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:24 MYT
Kuala Lumpur, 22 Jun 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim menyampaikan amanat dan atur gerak kepada 18 Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdiri daripada lapan Pegawai Kanan dan 10 Pegawai Rendah yang telah terpilih ke Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Sudan Selatan bertempat di Dewan Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman, semalam.

Dalam amanatnya, Dato’ Sri Azmi menekankan beberapa perkara penting kepada pegawai dan anggota terlibat terutamanya dalam aspek keselamatan semasa bertugas di peringkat antarabangsa selain menasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan, khususnya membabitkan etika dan disiplin.

Kumpulan tersebut dijadualkan berlepas ke Sudan pada 23 Jun 2024 bagi menggantikan penugasan pasukan terdahulu yang telah tamat penugasan pada April yang lalu.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato' Pahlawan Anuar Othman, Timbalan Pengarah (Siasatan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, DCP Dato' Rohaimi Md Isa, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, DCP Dato’ Kumaran Karuppannan serta Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am), DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.

ArtikelDiterbitkan 22 Jun 2024 6.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM