Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Saksi Terima Tugas Jawatan Kp Melaka

Published: 18 Mar 2022 2.52 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Melaka, 18 Mac 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass menjadi saksi serah terima tugas jawatan Ketua Polis Melaka di antara DCP Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali dengan pemangku merangkap Timbalannya, SAC Datuk Razali Abu Samah yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-saksi-terima-tugas-jawatan-kp-melaka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:52 MYT
Melaka, 18 Mac 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass menjadi saksi serah terima tugas jawatan Ketua Polis Melaka di antara DCP Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali dengan pemangku merangkap Timbalannya, SAC Datuk Razali Abu Samah yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini, pagi tadi.

DCP Datuk Wira Abdul Majid akan menjalani persaraan wajib bermula esok dan jawatan tersebut akan disandang sementara waktu oleh SAC Datuk Razali pada tarikh sama.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Pasukan antaranya Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, Ketua Polis Daerah (KPD) Pendang, Kedah, KPD Segamat dan KPD Kluang, Johor.

Terdahulu, bertempat di padang kawad IPK Melaka telah diadakan Majlis Perbarisan Khas sebagai menghargai khidmat bakti beliau selama 40 tahun dalam Pasukan.

Turut diadakan, Majlis Serah Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Melaka daripada penyandangnya, Datin Wira Nornisah Kamis kepada Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka, Datin Hamsiah Mohd Hanis dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Hairiah Hj. Mohd Tahir.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Mohd Sukri Kaman, Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Melaka, Ketua-ketua Polis Daerah, para pegawai kanan PDRM, ahli-ahli PERKEP dan warga kerja IPK Melaka.

Sumber: Polis Melaka

ArticlePublished 18 Mar 2022 2.52 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM