Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Saksi Serah Terima Tugas Kp Perak

Published: 17 Jul 2024 1.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ipoh, 17 Julai 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim hadir menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Perak di antara CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri dengan penyandang baharu, CP Dato’ Pahlawan Hj. Azizi Hj. Mat Aris di Mes Pegawai Kanan, Kontinjen Perak.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-saksi-serah-terima-tugas-kp-perak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:55 MYT
Ipoh, 17 Julai 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim hadir menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Perak di antara CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri dengan penyandang baharu, CP Dato’ Pahlawan Hj. Azizi Hj. Mat Aris di Mes Pegawai Kanan, Kontinjen Perak.

Dato’ Pahlawan Hj. Azizi sebelum ini merupakan Timbalan KP Perak telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia untuk menerajui kontinjen Perak dalam arahan pertukaran Pegawai Kanan Polis, baru-baru ini.

Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan KP Perak di antara Dato’ Pahlawan Hj. Azizi dengan DCP Zulkafli Sariaat yang disaksikan oleh Dato’ Sri Mohd Yusri.

Majlis kemudiannya disusuli dengan Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Perak yang disempurnakan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Sri Sharifah Rodziah Syed Agil kepada Datin Hjh. Wanita Wari yang sebelum ini memegang jawatan sebagai naib pengerusi.

Hadir sama, barisan Ketua Jabatan dan formasi Kontinjen Perak, Ketua-ketua Polis Daerah, ahli-ahli PERKEP serta warga kerja Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Sumber: Polis Perak

ArticlePublished 17 Jul 2024 1.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM