
Article
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Saksi Serah Terima Tugas Kp Johor
Johor Bahru, 4 Ogos 2025 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid hadir menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Joho...
Johor Bahru, 4 Ogos 2025 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid hadir menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Johor di antara CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu dengan penyandang baharu, CP Tuan Ab Rahaman Arsad di Auditorium, Aras 2, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, pagi tadi.
Datuk M. Kumar telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia untuk menerajui Jabatan Siasatan Jenayah dalam arahan pertukaran Pegawai Kanan Polis, baru-baru ini.
Turut berlangsung dalam majlis yang sama tadi ialah Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor antara Datin Shanti P. Santhanam Pillai dengan pengerusi baharu, Puan Salwah Mahdan yang disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Sri Selmiah Tuan Ibrahim.
Hadir sama, barisan Ketua Jabatan Kontinjen Johor, Ketua-ketua Polis Daerah, ahli-ahli PERKEP serta warga kerja Kontinjen Johor.