Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Saksi Serah Terima Tugas Kp Johor

Diterbitkan: 04 Aug 2025 12.03 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Johor Bahru, 4 Ogos 2025 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid hadir menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Johor di antara CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu dengan penyandang baharu, CP Tuan Ab Rahaman Arsad di Auditorium, Aras 2, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-saksi-serah-terima-tugas-kp-johor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:24 MYT
Johor Bahru, 4 Ogos 2025 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid hadir menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Johor di antara CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu dengan penyandang baharu, CP Tuan Ab Rahaman Arsad di Auditorium, Aras 2, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, pagi tadi.

Majlis dimulakan dengan upacara pemakaian lencana pangkat Komisioner Polis kepada Tuan Ab Rahaman sebelum acara menandatangani dokumen serah terima tugas.

Datuk M. Kumar telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia untuk menerajui Jabatan Siasatan Jenayah dalam arahan pertukaran Pegawai Kanan Polis, baru-baru ini.

Turut berlangsung dalam majlis yang sama tadi ialah Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor antara Datin Shanti P. Santhanam Pillai dengan pengerusi baharu, Puan Salwah Mahdan yang disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Sri Selmiah Tuan Ibrahim.

Hadir sama, barisan Ketua Jabatan Kontinjen Johor, Ketua-ketua Polis Daerah, ahli-ahli PERKEP serta warga kerja Kontinjen Johor.

Sumber: Polis Johor

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text that says 'GOS AUDITORIUM ARAS DITORIUMARAS2 2, 025 I ICK JOHOR KEA0R'

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text that says 'ATAN ENGURUSANIPKKEDAH PKKEDAH UTKESE ATANAWAM ATAN AWAM (IPSOM) PUTRAJA 4PE JRUSAN PERKHIDI (PERKHID
ArtikelDiterbitkan 04 Aug 2025 12.03 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM