
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Rasmikan Program Back To School
Segamat, 5 September 2022 – Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass semalam berbesar hati merasmikan Program “Back To School” bertempat di Sekolah Menengah Ke...
Segamat, 5 September 2022 – Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass semalam berbesar hati merasmikan Program “Back To School” bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Ahmad Arshad, di sini.
Ketibaan beliau bersama isteri yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Jabatan Pengurusan, Datin Hairiah Hj. Mohd Tahir dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang disambut mesra oleh Timbalan Ketua Polis Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu.
Program tersebut diadakan bertujuan menjalinkan kerjasama antara pihak Polis Diraja Malaysia dengan sekolah selain mewujudkan kesedaran tentang pencegahan jenayah dalam kalangan pelajar, ibu bapa, guru serta komuniti setempat.
Turut diadakan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan Pancaragam Pusat PDRM, pameran sejarah @Muzium PDRM dan jenayah dari Jabatan Siasatan Jenayah serta koleksi senjata api dari Jabatan Logistik dan Teknologi.