Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Rasmi Penutupan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pdrm Kontinjen Terengganu

Published: 18 Sep 2025 7.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Terengganu, 18 September 2025 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid merasmikan penutupan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri Negeri Terengganu di Ar-Riyadah Residence, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-rasmi-penutupan-seminar-kenegaraan-malaysia-madani-pdrm-kontinjen-terengganu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:44 MYT

Kuala Terengganu, 18 September 2025 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid merasmikan penutupan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri Negeri Terengganu di Ar-Riyadah Residence, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini kelmarin.

Program yang menghimpunkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu itu dimulakan dengan Slot Bicara Kenegaraan serta Slot Interaktif Kenegaraan.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato’ Sri Abdul Aziz menekankan kepentingan memperkukuh jati diri warga pasukan keselamatan demi kelestarian negara.

Seminar itu menjadi platform memperkukuh kesedaran kenegaraan, menyemarakkan aspirasi Malaysia MADANI dan mengukuhkan peranan PDRM sebagai benteng keamanan negara.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Profesional) Akademi Kenegaraan Malaysia, Encik Shahrir Zaman Abdul Wahab, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Encik Ahmad Khairuddin Mohammed, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, DCP Mohd Asri Md Akhir, Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC Suffian Sulaiman dan barisan pegawai Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri Negeri Terengganu.

ArticlePublished 18 Sep 2025 7.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM