
Artikel
Timbalan Kpn Hadiri Pameran Igef 2025 Di Turkiye
Ankara, 19 September 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Pameran Peralatan Keselamatan Dalam Nege...
Ankara, 19 September 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Pameran Peralatan Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Equipment Exhibition – IGEF 2025) yang berlangsung di Pusat Kongres dan Pameran ATO Congresium, di sini.
IGEF 2025 yang berlangsung dari 18 sehingga 20 September itu disertai hampir 200 pempamer dari pelbagai firma dan agensi keselamatan tempatan Turkiye termasuk antarabangsa bagi mempromosikan teknologi serta ciptaan terkini keluaran masing-masing antaranya kenderaan, peralatan komunikasi dan teknologi maklumat serta pakaian pelindung dan fabrik teknikal.
Beliau yang diiringi oleh Penolong Pengarah Persenjataan (CBRNE), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, ACP Hammizamri Abdullah telah mengunjungi beberapa reruai pameran selain mencuba dan menilai produk keselamatan terkini yang berpotensi untuk dimanfaatkan dalam mempertingkatkan keupayaan operasi Polis Diraja Malaysia, seiring dengan perkembangan landskap keselamatan semasa.