Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Rasmi Majlis Penutup Pertandingan Kawad Tanpa Perintah Di Pulapol Air Hitam

Published: 27 Jul 2024 6.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Jempol, 27 Julai 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim hadir merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Kawad Tanpa Perintah Peringkat Institusi Latihan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Piala Pengarah Pengurusan Tahun 2024 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, Negeri Sembilan, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-rasmi-majlis-penutup-pertandingan-kawad-tanpa-perintah-di-pulapol-air-hitam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:50 MYT
Jempol, 27 Julai 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim hadir merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Kawad Tanpa Perintah Peringkat Institusi Latihan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Piala Pengarah Pengurusan Tahun 2024 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, Negeri Sembilan, semalam.

Ketibaan beliau di pekarangan dataran kawad telah disambut oleh Ketua Polis (KP) Negeri Sembilan, DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yusof dengan diiringi Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Sulaiman Hussain.
Pertandingan yang julung kali diadakan itu berlangsung selama dua hari bermula dari 25 Julai lalu dengan penglibatan sembilan institusi latihan PDRM sebelum empat daripadanya telah terpilih ke peringkat akhir.

Kemuncak majlis menyaksikan PULAPOL Air Hitam telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Kawad Tanpa Perintah Peringkat Institusi Latihan PDRM, Piala Pengarah Pengurusan Tahun 2024 disusuli PULAPOL Kuala Lumpur dan PULAPOL Segamat dengan masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Hadir sama, Timbalan KP Negeri Sembilan, SAC Muhammad Idzam Dato’ Hj. Jaafar, barisan Komandan dan Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

ArticlePublished 27 Jul 2024 6.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM