
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Rasmi Dewan Di Pulapol Segamat
Segamat, 27 November 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass merasmikan Dewan Pengarah Pengurusan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, semalam.
Segamat, 27 November 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass merasmikan Dewan Pengarah Pengurusan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, semalam.
Dewan terbuka tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai Dewan Sri Jebat telah dinamakan semula dan dijadikan tempat aktiviti-aktiviti sukan seperti futsal dan bola jaring.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato' Pahlawan Anuar Othman, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman, Ketua Penolong Pengarah (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bukit Aman dan SAC Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, Komandan PULAPOL Segamat, SAC Sulaiman Hussain dan barisan Komandan Maktab PDRM.
Sumber: Jabatan Pengurusan PDRM