
Article
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Pengerusikan Mesyuarat Panel Pegawai Skim Ex Gratia Bencana Kerja Pdrm Dan Mesyuarat Badan Penyelaras Kwp Semenanj
Kota Kinabalu, 9 Februari 2023 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Zaini Jass mempengerusikan Mesyuarat Panel Pegawai Skim Ex-Gratia Bencana Kerja Polis Diraja...
Kota Kinabalu, 9 Februari 2023 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Zaini Jass mempengerusikan Mesyuarat Panel Pegawai Skim Ex-Gratia Bencana Kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Mesyuarat Badan Penyelaras Kumpulan Wang Polis (KWP) Semenanjung, Sabah dan Sarawak Bil. 1/2023 di The Magellan Sutera Harbour Resort, disini, semalam.
Intipati mesyuarat antaranya membentangkan mengenai laporan kewangan semasa, selain membuat penilaian, perancangan dan sekaligus meningkatkan mutu perkhidmatan yang cemerlang pada masa hadapan.
Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Idris Abdullah, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Alwi Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan (Jusa) Jabatan Perkhidmatan Awam, Dato’ Mohd Shaiful Ibrahim, ahli-ahli jawatankuasa KWP, wakil Kementerian Dalam Negeri dan para pegawai kanan PDRM.
Sumber: Polis Sabah