
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Pdrm Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Pesuruhjaya Polis Sarawak
Kunjungan hormat diadakan bertujuan membincangkan hala tuju Koperasi PDRM di kontinjen berkenaan di mana Dato’ Zaini Jass merupakan Pengerusi kepada pertubuhan...
Kuching, 21 Mei 2022 - Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Zaini Jass berbesar hati mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, semalam.
Kunjungan hormat diadakan bertujuan membincangkan hala tuju Koperasi PDRM di kontinjen berkenaan di mana Dato’ Zaini Jass merupakan Pengerusi kepada pertubuhan tersebut.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaakob merangkap Bendahari Koperasi PDRM, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Lukas Aket dan Ketua Cawangan Khas Sarawak, SAC Mohd Hairuddin Che Hamid serta Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, SAC Gilberd Philip Layang selaku Pengerusi Persatuan Pegawai Kanan Polis Kontinjen Sarawak.