Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Hadir Program Kesedaran Ai

Published: 16 Apr 2025 2.24 AM Updated: 15 Aug 2026 8.06 PM
Kuala Lumpur, 16 April 2025 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid hadir ke Program “AI Awarenesss For PDRM (Management Level)” yang diadakan di Dewan Ketua Polis Negara (KPN) dan Auditorium Timbalan KPN, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-hadir-program-kesedaran-ai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:23 MYT
Kuala Lumpur, 16 April 2025 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid hadir ke Program “AI Awarenesss For PDRM (Management Level)” yang diadakan di Dewan Ketua Polis Negara (KPN) dan Auditorium Timbalan KPN, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, semalam.​

Program anjuran Jabatan Pengurusan melalui Bahagian Latihan Bukit Aman itu telah menghimpunkan barisan pengurusan tertinggi Jabatan Pengurusan serta Komandan-Komandan dari Pusat-Pusat Latihan PDRM sebagai langkah awal memperkasa agenda pendigitalan melalui penerapan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam sistem dan operasi PDRM.

Program tersebut telah menampilkan Dekan Fakulti Kecerdasan Buatan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Naz’ri Mahrin yang menyampaikan syarahan bertajuk “Kepolisan Dalam Era AI: Cabaran, Perubahan dan Peluang”. Sesi kedua syarahan diteruskan oleh pensyarah Fakulti Kecerdasan Buatan, UTM, Prof. Madya Dr. Nor Zairah Ab Rahim dengan tajuk “Gerak Khas Digital: AI untuk PDRM”.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, DCP Dato’ Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar dan Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan.

ArticlePublished 16 Apr 2025 2.24 AMUpdated 15 Aug 2026 8.06 PM