Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Hadir Jemputan Panel Bual Bicara

Published: 20 Oct 2024 8.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ipoh, 20 Oktober 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim diundang sebagai salah seorang ahli panel dalam Program Bual Bicara anjuran Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang diadakan di Mes Pegawai Kanan, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-hadir-jemputan-panel-bual-bicara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:33 MYT
Ipoh, 20 Oktober 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim diundang sebagai salah seorang ahli panel dalam Program Bual Bicara anjuran Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang diadakan di Mes Pegawai Kanan, malam tadi.
Beliau telah mengupas tajuk “Strategi Kepimpinan Mengurus Organisasi Yang Berdaya Saing” bersama Ketua Polis Perak, CP Dato’ Pahlawan Hj. Azizi Hj. Mat Aris selaku pembentang kedua. Program tersebut telah dikendalikan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Perak, ACP Shafa’aton Abu Bakar selaku moderator.

Program melibatkan Ketua-ketua Jabatan Pengurusan kontinjen dan pimpinan institusi latihan PDRM bertujuan menambah ilmu pengetahuan mengenai strategi berkesan dalam pengurusan organisasi agar berdaya saing.
Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah Pengurusan, Komandan-komandan dan pegawai kanan IPK Perak.

Sumber: Polis Perak
ArticlePublished 20 Oct 2024 8.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM