
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Hadir Istiadat Penganugerahan P J P N Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan
Seramai 364 penerima telah dianugerahkan P.J.P.N. yang masing-masing terdiri daripada tiga pegawai polis yang masih berkhidmat, 280 pesara polis dan 81 waris k...
Seremban, 25 Julai 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim hari ini menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) peringkat Kontinjen Negeri Sembilan yang diadakan di d’Tempat Country Club Sendayan, di sini.
Istiadat penganugerahan tersebut diadakan sebagai menghargai segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh warga Pasukan yang pernah berkhidmat sewaktu era darurat serta insurgensi komunis.
Hadir sama, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yusof, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara) Bukit Aman, SAC Alina Sa’ad, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Muhammad Idzam Dato’ Hj. Jaafar dan barisan Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.
Sumber: Polis Negeri Sembilan

































