Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Pahang

Published: 25 Oct 2021 9.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuantan, 25 Oktober 2021 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-adakan-lawatan-kerja-ke-ipk-pahang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:57 MYT
Kuantan, 25 Oktober 2021 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, hari ini.

Kunjungan beliau telah disambut mesra oleh Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf dan timbalannya, DCP Dato’ Mohd Yusri Haji Hassan Basri bersama Ketua Jabatan Pengurusan IPK Pahang, ACP Tuan Mohd Fakhrurazie Che Sulaiman.

Lawatan kerja beliau selama dua hari itu bertujuan bagi mempengerusikan Mesyuarat Tabung Kebajikan Bilangan 1/2021 dan Mesyuarat Tabung Pegawai Kanan Bilangan 1/2021 selain berpeluang menyantuni pesara serta asnaf Polis Diraja Malaysia kontinjen tersebut.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusa (Pentadbiran), DCP Tuan Haji Azmi Adam, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), SAC Tuan Mohd Asri Md Akhir dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Tuan Mohd Sukri Kaman.

Sumber: Polis Pahang
ArticlePublished 25 Oct 2021 9.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM