
Article
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Adakan Lawatan Kerja Ke Ipd Nilai
Nilai, 9 Februari 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, di sini, hari ini.
Nilai, 9 Februari 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, di sini, hari ini.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Dato’ Che Zakaria Othman bersama Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman.
Dalam lawatan kerja yang diadakan, Dato' Zaini berkesempatan menyampaikan amanat beliau agar sentiasa bersedia berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam penugasan selain mendengar dan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh warga kerja IPD Nilai.
Turut hadir, Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) Bukit Aman, ACP Tuan Hj. Rusli Abas, Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Polis Balai.
Sumber: Polis Daerah Nilai