Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Banglo Jadi Pusat Operasi Sindiket Perjudian Dalam Talian

Diterbitkan: 10 Feb 2022 1.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Tuan Mohamad Noor Yusof Ali berkata serbuan pada 3 petang itu turut menahan 33 lelaki tempatan dan dua wanita warga asing berusia 18 hingga 48 tahun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-banglo-jadi-pusat-operasi-sindiket-perjudian-dalam-talian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:57 MYT
Kuala Lumpur, 10 Februari 2022 - Polis membongkar sindiket judi dalam talian dan penipuan yang menjadikan banglo sebagai pusat operasi kegiatan itu dalam serbuan di Jalan U-Thant di sini, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Tuan Mohamad Noor Yusof Ali berkata serbuan pada 3 petang itu turut menahan 33 lelaki tempatan dan dua wanita warga asing berusia 18 hingga 48 tahun.

“Banglo ini dijadikan seperti asrama dengan makanan, minuman serta tukang masak turut disediakan dan kesemua operator ini tidak keluar dari premis ini,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai telah beroperasi di premis yang disewa pada kadar RM20,000 sebulan tersebut sejak tiga bulan lepas dan polis turut merampas 42 komputer serta 256 telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan.

Menurut SAC Tuan Mohamad Noor Yusof, siasatan awal mendapati mereka turut menyasarkan mangsa warga tempatan dan luar negara untuk membuat pertaruhan serta penipuan berbentuk pelaburan.

“Kita akan kenal pasti pemilik banglo ini dan akan dipanggil untuk membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Banglo jadi pusat operasi sindiket perjudian dalam talian
ArtikelDiterbitkan 10 Feb 2022 1.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM