Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

POSTING PILIHAN: PENGARAH PENGURUSAN ADAKAN LAWATAN KERJA KE IPD NILAI

Diterbitkan: 25 Aug 2022 12.04 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Nilai, 25 Ogos 2022 – Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, CP Datuk Zaini Jass mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan, di sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-adakan-lawatan-kerja-ke-ipd-nilai-20220825
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:07 MYT
Nilai, 25 Ogos 2022 – Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, CP Datuk Zaini Jass mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan, di sini, kelmarin.

Ketibaan beliau bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan, Datin Hjh. Hairiah Hj. Mohd Tahir telah disambut oleh Ketua Polis negeri, DCP Dato' Ruslan Khalid bersama timbalannya, SAC Abd Khalid Othman.

Seusai menandatangani buku pelawat, beliau berkesempatan meluangkan masa beramah mesra dengan warga kerja IPD.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Sukri Kaman, Ketua Polis Daerah (KPD) Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, Timbalan KPD, DSP Mat Ghani Lateh, Ketua-ketua Bahagian dan warga PERKEP IPD.


 
ArtikelDiterbitkan 25 Aug 2022 12.04 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM