
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Adakan Lawatan Kerja Ke Ipd Bintulu Sarawak
Beliau yang diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Bukit Aman, SAC Mohd Alwi Zainal Abidin telah menyampaikan amanat dan nasihat kepada...
Bintulu, 25 Mei 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di sini, semalam.
Beliau yang diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Bukit Aman, SAC Mohd Alwi Zainal Abidin telah menyampaikan amanat dan nasihat kepada semua ketua bahagian serta ketua polis balai di bawah pentadbiran IPD Bintulu.
Terdahulu, Dato' Zaini turut ditaklimatkan mengenai Cadangan Penubuhan Balai Polis Samalaju oleh Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, SAC Gilberd Philip Layang.
Sejurus selesai, Dato’ Zaini berkesempatan mengadakan lawatan ke Pondok Polis Samalaju, Pos Pasukan Gerakan Am Samalaju, Tapak Cadangan Balai Polis Samalaju dan Kawasan Samalaju Industrial Park, Bintulu.
Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri bersama timbalannya Dato' Mancha Ata.