
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Adakan Kunjungan Hormat Ke Ipk Kelantan
Kota Bharu, 15 March 2020 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar berbesar hati mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.
Kunjungan beliau yang disambut oleh Ketua Polis (KP) Kelantan, DCP Dato' Hasanuddin Hassan bersama KP Perlis, SAC Dato' Surina Saad itu antaranya membincangkan mengenai penaiktarafan Kontinjen Kelantan serta Perlis dalam satu sesi taklimat yang diadakan.
Turut sama hadir ialah Timbalan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, DCP Dato' Kasuahdi Haji Ali.