
Article
Posting Pilihan Pengarah Kdnka Saksi Serah Terima Tugas Komander Ppm
Batu Uban, 14 Oktober 2021 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Hazani Ghazali, menyaksikan Majlis Serah Terima...
Batu Uban, 14 Oktober 2021 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Hazani Ghazali, menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Komander Pasukan Polis Marin (PPM) antara DCP Tuan Mohd Yusoff Mamat dengan penyandang baharu, SAC Tuan Rosman Ismail di Mess Pegawai Kanan Markas PPM Wilayah Satu, Pulau Pinang semalam.
DCP Tuan Mohd Yusoff akan bertukar ke National Task Force dengan memegang portfolio baharu sebagai Ketua Staf Operasi pasukan berkenaan.
Turut berlangsung dalam majlis sama ialah penyerahan jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) PPM di antara penyandangnya, Puan Hjh. Hasnizan Hasan dengan Puan Hamidah Mohamed yang disaksikan oleh Pengerusi PERKEP KDNKA, Datin Fadziah Hj. Abdul Hamid.
Sumber: Pasukan Polis Marin