
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Kdnka Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Kp Pulau Pinang
Georgetown, 10 November 2025 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato...
Georgetown, 10 November 2025 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Pulau Pinang, CP Dato' Ts. Azizee Ismail di Bilik Tetamu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, pagi tadi.
Kunjungan beliau diadakan bersempena lawatan kerja rasmi ke Pulau Pinang, selain bertujuan memperkukuh hubungan kerja strategik antara Jabatan KDNKA Bukit Aman dan Kontinjen Pulau Pinang dalam usaha memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terus terpelihara.
Turut hadir, barisan Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA Bukit Aman, Timbalan KP Pulau Pinang, DCP Dato' Mohd Alwi Zainal Abidin, Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato' Noor Sham Md. Jani dan barisan Ketua Jabatan IPK Pulau Pinang.
Sumber: PDRM Pulau Pinang