
Artikel
POSTING PILIHAN: PENGARAH JSPT TURUN PADANG MEMBUAT LAWATAN KE LOKASI INSIDEN KEBAKARAN DI PUTRA HEIGHT
Subang Jaya, 2 April 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri turun padang melawat lokasi in...
Subang Jaya, 2 April 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri turun padang melawat lokasi insiden kebakaran di Putra Height, di sini.
Dato' Sri Mohd Yusri berkesempatan melihat sendiri operasi yang dijalankan dalam memastikan aliran trafik sentiasa terkawal kepada pengguna yang melalui jalan tersebut.
Dalam lawatan itu juga, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain turut menjalankan pemantauan di tempat kejadian dalam memastikan kawasan tersebut sentiasa dikawal rapi demi menjaga keselamatan dan harta benda penduduk.
Seusai lawatan di lokasi tersebut, Dato' Sri Mohd Yusri telah mengadakan lawatan dan pemeriksaan ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Petaling Jaya. Dalam lawatan yang diadakan, beliau menyeru semua warga BSPTD agar memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) JSJ Bukit Aman, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan, Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JSPT Bukit Aman, Superintenden Khairul Azhar Ismail, para pegawai JSPT Bukit Aman dan JSPT Selangor.