
Artikel
Posting Pilihan Anggota Trafik Ipd Spu Dan Anggota Balai Butterworth Bantu Tolak Kenderaan Rosak
Lans Koperal Mohd Fakhri Abd Wahab dari Bahagian Siasatan dan Penyiasatan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) bersama Koper...
Lans Koperal Mohd Fakhri Abd Wahab dari Bahagian Siasatan dan Penyiasatan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) bersama Koperal Muhammad Izzul Zainon dari Balai Polis Butterworth segera memberikan bantuan dengan menolak sebuah kenderaan yang mengalami kerosakan di lampu isyarat Jalan Sungai Nyior, Butterworth, semalam.
Mereka yang dalam penugasan Op Selamat 24 bersama Koperal Mohd Khairani Saifullah dan Lans Koperal Nur Muhamad Amin Wahab telah terserempak dengan pemilik kenderaan tersebut lalu memberikan bantuan bagi melancarkan perjalanan.
Terima kasih kepada anggota trafik IPD SPU dan anggota Balai Polis Butterworth atas pertolongan yang diberikan. Semoga kebaikan mereka menjadi contoh kepada warga Pasukan yang lain dalam mencurah bakti kepada masyarakat.
Sumber: Bsptd Spu Pulau Pinang


