Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jspt Hadir Sambutan Hari Inovasi Kdn 2024

Diterbitkan: 29 Oct 2024 12.54 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 29 Oktober 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri pagi tadi mewakili Ketua Polis Negara, telah menghadiri Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2024 yang berlangsung di Dewan Gemilang, Kompleks Perkasa, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jspt-hadir-sambutan-hari-inovasi-kdn-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:53 MYT
Putrajaya, 29 Oktober 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri pagi tadi mewakili Ketua Polis Negara, telah menghadiri Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2024 yang berlangsung di Dewan Gemilang, Kompleks Perkasa, di sini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman.

Sambutan Hari Inovasi tersebut bertujuan memupuk budaya kerja yang berinovasi dan kreatif bagi memastikan perkhidmatan kerajaan dapat disampaikan secara lebih cekap serta berkesan kepada kumpulan sasar.

Turut berlangsung dalam sambutan tadi ialah sesi taklimat berkenaan sistem Semak MULE yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Siber/Taktikal dan Teknikal), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, SAC Zaldino Zaludin yang bertujuan memperkenalkan platform semakan secara dalam talian tentang kes-kes jenayah komersil dalam negara.

Turut hadir, Timbalan KSU (Pengurusan) KDN, Datuk Dr. Abdul Gafar Hj. Abu Bakar, barisan Timbalan Pengarah PDRM, Ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN serta para pegawai kanan polis.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 1 person, speaker, lighting, dais and text

May be an image of 4 people

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 9 people, headscarf and dais

May be an image of 6 people

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 10 people and dais

May be an image of 3 people and text
ArtikelDiterbitkan 29 Oct 2024 12.54 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM