
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jspt Hadir Majlis Pelancaran Ops Siaga Raya 2025 Jbpm
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri hadir ke Majlis Pelancaran Ops Siaga Raya 2025 Jabatan Bom...
Sepang, 22 Mac 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri hadir ke Majlis Pelancaran Ops Siaga Raya 2025 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di IOI City Mall, di sini semalam.
Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tuan Nga Kor Ming itu sebagai inisiatif menyusun strategi awal dan kesiapsiagaan JBPM bagi menghadapi insiden-insiden kecemasan yang mungkin berlaku di sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025.
Turut hadir, Ketua JSPT Selangor, Superintenden Edward Kondokor dan para pegawai JSPT Bukit Aman serta Selangor.