Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Tragedi Rakan Maut Ditembak Penjenayah Masih Segar Dalam Ingatan

Diterbitkan: 22 Mar 2025 6.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Berkongsi kisah sedih itu, pesara polis, SAC Beh Eng Lai berkata, tragedi pada tahun 1998 itu berlaku semasa polis melakukan serbuan di kebun kelapa sawit di Pulau Pinang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tragedi-rakan-maut-ditembak-penjenayah-masih-segar-dalam-ingatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:12 MYT
Kuala Lumpur, 22 Mac 2025 - Menyaksikan rakan sepasukan rebah selepas ditembak penjenayah ketika melaksanakan tugas menjadi kenangan pilu yang tidak dapat dilupakan.

Berkongsi kisah sedih itu, pesara polis, SAC Beh Eng Lai berkata, tragedi pada tahun 1998 itu berlaku semasa polis melakukan serbuan di kebun kelapa sawit di Pulau Pinang.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada jam 9 malam, hari ketiga sambutan Tahun Baharu Cina.

“Saya bersama Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Superintenden Osman Bakar yang ketika itu mengetuai serbuan kegiatan perjudian di lokasi berkenaan.

“Ketika pasukan polis hendak bertindak, tiba-tiba datang sebuah motosikal dinaiki dua lelaki warga tempatan bersenjatakan pistol mengacukan pistol terhadap sekumpulan individu yang sedang leka berjudi di dalam sebuah khemah.

“Pemain-pemain judi itu kemudian bertempiaran lari sebelum perompak itu melepaskan beberapa das tembakan dan terkena seorang mangsa," katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 7 people and text that says 'Tragedi 27 tahun lalu masih segar dalam ingatan Eng Lai Rakan maut ditembak penjenayah Oleh ISMADE ISMAIL L

May be an image of 14 people, suit and text that says 'Lawatan kerjaKetu Jabatan Marian 2조 EJABAT POLIS AERAH SPC Menurutnya, pasukan tubuhkantelshm Komi
ArtikelDiterbitkan 22 Mar 2025 6.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM