Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jspt Hadir Majlis Pelancaran Johor Selamat

Published: 13 Aug 2022 1.22 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Johor Bahru, 13 Ogos 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kassim Karim diiringi oleh Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat hadir Majlis Pelancaran Johor Selamat di Angsana Johor Bahru Mall, di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jspt-hadir-majlis-pelancaran-johor-selamat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:07 MYT
Johor Bahru, 13 Ogos 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kassim Karim diiringi oleh Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat hadir Majlis Pelancaran Johor Selamat di Angsana Johor Bahru Mall, di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazali dengan berlangsungnya gimik serta montaj perasmian pelancaran Johor Selamat.

Dalam majlis tersebut, pelbagai persembahan serta pameran yang menarik turut disediakan oleh jabatan-jabatan Polis Diraja Malaysia Kontinjen Johor.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato' Dr. Hj. Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato' Hj. Mohd Jafni Md Shukor serta Timbalan Ketua Polis Johor, DCP Dato' Khaw Kok Chin.

Sumber: Polis Johor

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
ArticlePublished 13 Aug 2022 1.22 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM