Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jspt Adakan Lawatan Kerja Ke Plus Malaysia

Published: 13 Jan 2024 5.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 13 Januari 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri mengadakan lawatan kerja ke PLUS Malaysia di Persada PLUS, di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jspt-adakan-lawatan-kerja-ke-plus-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:31 MYT
Petaling Jaya, 13 Januari 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri mengadakan lawatan kerja ke PLUS Malaysia di Persada PLUS, di sini semalam.

Kehadiran beliau bersama delegasi telah disambut oleh Pengarah Urusan PLUS Malaysia, Datuk Nik Airina Nik Jaffar dan Ketua Pegawai Operasi, Datuk Ir. Zakaria Ahmad Zabidi.
Dalam lawatan tersebut, Dato' Mohd Azman telah mendengar taklimat dan penerangan daripada pihak PLUS Malaysia mengenai inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan dalam meningkatkan tahap keselamatan pengguna khususnya di lebuh raya bawah kendalian mereka.

Kedua-dua pihak juga turut mengadakan perbincangan dalam mengenalpasti isu dan tindakan lanjut dalam membantu meningkatkan keselamatan dan mempermudahkan perjalanan pengguna di lebuh raya pada masa yang akan datang.

Polis Diraja Malaysia melalui JSPT merupakan rakan strategik PLUS dalam meningkatkan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang di lebuh raya PLUS sejak sekian lama.

Sumber: PLUS Malaysia

ArticlePublished 13 Jan 2024 5.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM