Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jspt Adakan Lawatan Kebajikan Ke Atas Anggota Bspt Ipd Seremban

Published: 29 Jul 2024 1.26 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Seremban, 29 Julai 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Koperal Muhammad Aliff Adi yang terlibat dalam kemalangan ketika melakukan tugas Op Samseng di KM36(S) Lebuhraya Kajang-Seremban, di Hospital Tuaku Jaafar, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jspt-adakan-lawatan-kebajikan-ke-atas-anggota-bspt-ipd-seremban
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:26 MYT
Seremban, 29 Julai 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Koperal Muhammad Aliff Adi yang terlibat dalam kemalangan ketika melakukan tugas Op Samseng di KM36(S) Lebuhraya Kajang-Seremban, di Hospital Tuaku Jaafar, petang tadi.

Dalam lawatan itu juga, Dato' Sri Mohd Yusri turut memberi kata-kata semangat dan sokongan moral kepada waris serta sumbangan kebajikan kepada ahli keluarga.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din, Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Am JSPT Bukit Aman, Superintendan Azhar Abu Bakar, barisan Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, para pegawai kanan dan pegawai rendah polis JSPT Bukit Aman serta BSPT Daerah Seremban.

ArticlePublished 29 Jul 2024 1.26 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM