
Artikel
Kpn Hadir Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis Ke 129 Dan Pembentangan Pelaporan Ipcc
Kuala Lumpur, 29 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) Ke-129 yang diadakan d...
Kuala Lumpur, 29 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) Ke-129 yang diadakan di Bilik Mesyuarat 2, Blok MP, Bangunan Parlimen, di sini, petang tadi.
Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempengerusikan mesyuarat tersebut dengan turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaku Setiausaha SPP, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi.
Mesyuarat pada kali ini dianjurkan bagi membincangkan mengenai isu-isu dalam perkhidmatan, tatakelola dan penambaikan Pasukan dalam menguatkuasakan undang-undang.
Selain itu, Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) turut menyampaikan pembentangan mengenai pelaporan semasa mengenai gerak kerja dan siasatan kepada MDN.
Terdahulu, pada awal tengah hari turut diadakan sesi 'Pre-Council' mesyuarat tersebut di Bilik KDN, Bangunan Parlimen.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim, Ahli-ahli SPP dan IPCC.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery





