Article
Posting Pilihan Pengarah Jspt Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Kp Pulau Pinang
Georgetown, 19 Jun 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri mengadakan kunjungan hormat ke a...
Georgetown, 19 Jun 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah Hj. Ahmad di Bilik Tetamu Seri Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, semalam.
Kunjungan tersebut antaranya membincangkan isu-isu semasa dan perkongsian pendapat berhubung trafik.
Hadir sama, Timbalan KP negeri, DCP Dato' Mohd Alwi Zainal Abidin, Timbalan Pengarah II JSPT Bukit Aman, ACP Fauzi Osman, Ketua Urusetia JSPT Bukit Aman, ACP Rahmat Ariffin, Ketua JSPT IPK Pulau Pinang, Superintenden Zafri Zolkapli dan para pegawai JSPT Bukit Aman dan IPK negeri.