
Article
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Tinjau Perairan Sempadan Malaysia Thailand
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM
Tumpat, 14 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din meninjau perairan sempadan negara Malaysia-Thailand bagi mengenal pasti laluan penyeludupan dadah di antara kedua negara, semalam.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), JSJN Bukit Aman, SAC Mohd Rozi Jidin, Ketua Penolong Pengarah Narkorik (Risikan/Operasi), JSJN Bukit Aman, SAC Zaharudin Rasip, Penolong Pengarah Narkotik (Risikan Zon I), JSJN Bukit Aman, ACP Mohd Zaki Ashar, Ketua JSJN, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, ACP Douglas Nyeging Taong dan Penolong Pengarah Narkotik (Urus Setia), JSJN Bukit Aman, Superintendan Mohamed Salim Gulam Mohamad.