
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Terima Kunjungan Hormat First Secretary Kedutaan Besar Jepun Di Kuala Lumpur
Kunjungan tersebut bagi membincangkan hala tuju kerjasama strategik antara Malaysia dan Jepun, khususnya dalam usaha membanteras jenayah narkotik dari aspek pe...
Kuala Lumpur, 19 Januari 2026 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan menerima kunjungan hormat daripada First Secretary Kedutaan Besar Jepun di Kuala Lumpur, Mr. Yuki Riho yang mewakili National Police Agency of Japan, di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Kunjungan tersebut bagi membincangkan hala tuju kerjasama strategik antara Malaysia dan Jepun, khususnya dalam usaha membanteras jenayah narkotik dari aspek perkongsian maklumat, pembangunan kapasiti serta amalan terbaik penguatkuasaan undang-undang.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Risikan/ Operasi) JSJN Bukit Aman, DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, Timbalan Pengarah (Perlucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman, DCP Mohd Zani Che Din dan para pegawai kanan JSJN.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik









