Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Sampaikan Amanat Kepada Warga Jsjn Kontinjen Kedah

Published: 06 Mar 2025 1.32 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sungai Petani, 6 Mac 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Seri Khaw Kok Chin menyampaikan amanat kepada warga JSJN Kontinjen Kedah bertempat di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah, Kuala Muda, Kedah di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-sampaikan-amanat-kepada-warga-jsjn-kontinjen-kedah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:26 MYT
Sungai Petani, 6 Mac 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Seri Khaw Kok Chin menyampaikan amanat kepada warga JSJN Kontinjen Kedah bertempat di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah, Kuala Muda, Kedah di sini, hari ini.

Dalam amanatnya, beliau menyeru warga JSJN Kontinjen Kedah agar menghargai amanah yang diberikan dalam menyelia anggota bawahan dari sebarang salahlaku jenayah serta tatatertib.

Dalam majlis yang sama, Dato' Seri Khaw turut mengambil kesempatan menyampaikan sijil penghargaan kepada 18 orang warga JSJN Kedah sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan kepada semua yang menyokong beliau sepanjang menerajui JSJN.

Selain itu, Dato' Seri Khaw turut berpeluang mendengar amanat daripada Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali dalam menekankan fokus dan perancangan warga JSJN selari mengikut situasi, kemajuan teknologi dan trend pengedaran semasa di negeri Kedah.

Hadir sama, Penolong Pengarah Narkotik (Technical Intelligence Analysis) JSJN Bukit Aman, ACP Sarudin Mansor, Ketua JSJN Kontinjen Kedah, ACP Shamsudin Mamat, barisan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, para pegawai kanan JSJN Bukit Aman dan Kontinjen Kedah.

ArticlePublished 06 Mar 2025 1.32 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM