
Artikel
Timbalan Kpn Iring Pm Tunaikan Solat Sunat Tarawih Bersama Warga Kerja Bukit Aman
Kuala Lumpur, 6 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengiringi Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar...
Kuala Lumpur, 6 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengiringi Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Masjid Bukit Aman untuk menunaikan solat fardu Isyak dan sunat Tarawih secara berjemaah bersama warga kerja Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.
Solat fardu Isyak dan sunat Tarawih telah dipimpin oleh Ketua Imam Masjid Bukit Aman, Ustaz Wan Mohamad Amzar Fitri Wan Azlan.
Sebelum beredar meninggalkan masjid, Dato’ Seri Anwar telah meluangkan masa menikmati juadah moreh di samping beramah mesra bersama para jemaah yang hadir.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar dan ahli kariah Masjid Bukit Aman.