
Article
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Sampaikan Amanat Kepada Warga Jsjn Kontinjen Kedah 20260702
Alor Setar, 1 Julai 2026 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan sampaikan amanat kepada warga JSJN Kontinjen Kedah di...
Alor Setar, 1 Julai 2026 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan sampaikan amanat kepada warga JSJN Kontinjen Kedah di Auditorium Tan Sri Bakri Omar, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, semalam.
Amanat yang diberikan adalah bersempena Pemeriksaan Balai di bawah PTKPN A117 dan Dato' Hussein merakamkan penghargaan kepada seluruh warga JSJN atas komitmen, pengorbanan dan dedikasi yang tidak pernah berbelah bahagi dalam melaksanakan amanah membanteras jenayah dadah.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN Bukit Aman, SAC Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi, Penolong Pengarah Narkotik (Tahanan) JSJN Bukit Aman, ACP Abdul Hamid Allah Bukksh, Penolong Pengarah Narkotik (Risikan Zon II) JSJN Bukit Aman, ACP Gabriel Risut, Ketua JSJN Kontinjen Kedah, ACP Mohd Mahiri Hussin dan warga JSJN Kontinjen Kedah.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik




