Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Rasmikan Penutupan Kejohanan Badminton Piala Kpn 2022

Published: 05 Jun 2022 11.59 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Marang, 5 Jun 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay merasmikan Penutupan Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2022 yang berlangsung di Dewan Tun Salleh, Pasukan Simpanan Polis Unit 6, Wakaf Tapai, di sini pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-rasmikan-penutupan-kejohanan-badminton-piala-kpn-2022
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 04:07 MYT
Marang, 5 Jun 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay merasmikan Penutupan Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2022 yang berlangsung di Dewan Tun Salleh, Pasukan Simpanan Polis Unit 6, Wakaf Tapai, di sini pagi tadi.
Beliau yang hadir mewakili KPN, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama para tetamu kehormat lain telah disajikan dengan perlawanan akhir melibatkan Kontinjen Perak menentang Kontinjen Sabah, dengan kemenangan berpihak kepada Kontinjen "Negeri Di Bawah Bayu" itu yang sekaligus menyandang gelaran juara kejohanan.
Kejohanan yang bermula 2 Jun lalu hingga hari ini melibatkan 22 pasukan dari kontinjen dan formasi seluruh Malaysia.
Turut hadir dalam majlis tadi, Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa, Timbalan Pengarah JSJN (Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Zainudin Ahmad dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia, DCP Hj. Azmi Adam.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM
ArticlePublished 05 Jun 2022 11.59 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM