Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Rasmi Penutupan Kejohanan Badminton Dan Tenis Piala Kpn Tahun 2023

Diterbitkan: 19 Mar 2023 5.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Polis Negeri Sembilan
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-rasmi-penutupan-kejohanan-badminton-dan-tenis-piala-kpn-tahun-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:05 MYT
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Rasmi Penutupan Kejohanan Badminton Dan Tenis Piala Kpn Tahun 2023
Laman Utama / Artikel / Posting Pilihan Pengarah Jsjn Rasmi Penutupan Kejohanan Badminton Dan Tenis Piala Kpn Tahun 2023
Kembali ke Pustaka
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Rasmi Penutupan Kejohanan Badminton Dan Tenis Piala Kpn Tahun 2023

Sumber: Polis Negeri Sembilan
Port Dickson, 19 Mac 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM (JSJN), CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Badminton dan Tenis Piala KPN bagi tahun ini di Dewan Michael's Badminton Academy, Lukut, di sini semalam.

Kejohanan yang berlangsung dari 15 hingga 18 Mac itu menyaksikan Kontinjen Perak muncul sebagai juara berpasukan bagi acara badminton selepas menewaskan Kontinjen Sabah dalam perlawanan akhir. Manakala tempat ketiga milik Kontinjen Kuala Lumpur dan Johor.

Bagi acara tenis pula, juara kategori berpasukan disandang oleh Kontinjen Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman selepas Kontinjen Sarawak akur di tempat kedua, manakala Kontinjen Sabah dan Pahang berkongsi tempat ketiga.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJN, SAC Datin Seri Zalena Mohd Ariffin, Ketua Polis Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Pengerusi PERKEP Negeri Sembilan, DSP Datin Erny Yusnida Che Yusoff, para pegawai kanan polis, barisan pengurus pasukan dan ahli-ahli PERKEP.

ArtikelDiterbitkan 19 Mar 2023 5.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM