
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Pengerusikan Mesyuarat Bersama Kjsjn Dan Kbsjnd Seluruh Malaysia
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM
Kuala Lumpur, 30 Disember 2022 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mempengerusikan Mesyuarat Bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (KJSJN) dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (KBSJND) Seluruh Malaysia melalui telesidang bertempat di Bilik Mesyuarat JSJN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini.
Pembentangan berkenaan dengan prestasi JSJN sepanjang tahun 2022 menjadi fokus utama dalam mesyuarat tersebut.
Sejurus selesai, Datuk Seri Ayob Khan turut menyampaikan amanat kepada semua warga JSJN agar sentiasa berintegriti tinggi walau dalam apa jua keadaan sekalipun dan beliau juga tidak akan berkompromi sekiranya terdapat warga JSJN yang terlibat dengan salah laku dalam tugasan.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Zainudin Ahmad, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) Bukit Aman, SAC Adnan Azizon, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Technical Intelligence Analysis) Bukit Aman, ACP Choong Kok See serta warga kerja JSJN.