
Article
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Menghadap Raja Muda Kedah Di Wisma Darul Aman
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini sembah menghadap Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudi...
Alor Setar, 20 April 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini sembah menghadap Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin di pejabat baginda dekat Wisma Darul Aman, di sini.
Sembah menghadap tersebut bertujuan menyembah taklimat berkaitan hal ehwal keselamatan negara dalam masalah dadah dan jenayah rentas sempadan yang melibatkan sempadan Kedah dengan negara jiran Thailand.