Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Lakukan Ziarah Kebajikan Warga Pasukan Di Kuching

Published: 19 Mar 2024 2.13 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuching, 19 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Khaw Kok Chin menziarahi tiga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang uzur di sekitar ibu negeri, di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-lakukan-ziarah-kebajikan-warga-pasukan-di-kuching
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:42 MYT
Kuching, 19 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Khaw Kok Chin menziarahi tiga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang uzur di sekitar ibu negeri, di sini semalam.

Lawatan pertama beliau adalah di Perumahan Pegawai Rendah Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bagi menyantuni anggota dari Balai Polis Sekama, Lans Koperal Mohamad Zairul Udin Abdullah yang lumpuh akibat kencing tikus.
Dato' Khaw kemudiannya menziarahi seorang pegawai awam di kawasan perumahan sama iaitu Pembantu Tadbir, Puan Jesi Dilep dari JSJN IPK Sarawak yang menghidap barah payu dara.

Manakala lawatan terakhir beliau adalah di Hospital Umum Sarawak bagi menyantuni Koperal/S Dayang Rohayati Awang Kelami dari Cawangan Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan IPK Sarawak yang sedang mendapatkan rawatan bagi penyakit usus.
Dalam ketiga-tiga lawatan tersebut, Dato' Khaw turut berbesar hati menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai bagi meringankan beban pesakit.

Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata bersama timbalannya, DCP Datuk Ibrahim Darus, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) Bukit Aman, SAC Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali dan para pegawai kanan PDRM.

Sumber: Polis Sarawak

ArticlePublished 19 Mar 2024 2.13 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM