
Article
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Hadir Mesyuarat Dua Hala Dengan Polri
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM
Labuan Bajo, 4 Mac 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri mesyuarat dua hala dan mesyuarat kumpulan kerja di antara JSJN dan Direktorat Tindak Pidana Narkoba Bareskrim, Polis Republik Indonesia (POLRI), di Nusa Tenggara Timur, Indonesia.
Dalam majlis yang sama, pihak POLRI turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Datuk Seri Ayob atas kerjasama antarabangsa yang telah dilakukan bagi membawa pulang seorang warganegara Malaysia yang telah ditahan di Indonesia berkaitan kes dadah.
Hadir bersama adalah Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), Bukit Aman, DCP Zainudin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), Bukit Aman, SAC Mohd Rozi Jidin, Ketua JSJN Johor, ACP Mohd Afzanizam Yahaya, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Superintendan Hairy Ramlan dan Timbalan Ketua JSJN Sabah, Superintendan Yong Hock Lim.