Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Antara Individu Dikurnia Darjah Kebesaran Membawa Gelaran Datuk Seri

Published: 25 Aug 2022 6.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Melaka, 25 Ogos 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM (JSJN), CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dikurniakan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2022 yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh bersempena Sambutan Hari Jadi ke-73 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-antara-individu-dikurnia-darjah-kebesaran-membawa-gelaran-datuk-seri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:23 MYT
Melaka, 25 Ogos 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM (JSJN), CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dikurniakan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2022 yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh bersempena Sambutan Hari Jadi ke-73 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, semalam.

Turut dikurniakan dalam istiadat tersebut ialah Anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) membawa gelaran ‘Datuk’ iaitu, Ketua Penolong Pengarah D5 (Pendakwaan/Undang-Undang), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Datuk Hj. Mohamad Zainal Abdullah, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Sindiket, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM, SAC Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dan Ketua Penolong Pengarah (Pengangkutan), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Datuk Adnan Ahmad.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah JSJN dan semua Pegawai Kanan PDRM yang dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka dalam istiadat tersebut.

Sumber: Polis Melaka

ArticlePublished 25 Aug 2022 6.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM